4 Sebab Kenapa Bidang Perniagaan Menjadi Pilihan Utama Belia

Sebelum memutuskan laluan kerjaya, anda perlu tanya diri jika pekerjaan yang dipilih dapat memenuhi keperluan serta minat anda. Lebih penting lagi, pekerjaan itu juga perlu membantu anda meningkatkan kemahiran diri dan berkembang secara professional supaya anda dapat menikmati perjalanan kerjaya yang  memuaskan.

Bidang perniagaan sebagai contoh mempunyai pelbagai tarikan profesional dan peribadi. Berikut merupakan antara alasan kenapa ramai belia suka memilih kerjaya dalam bidang ini.

  1. Pilihan yang sangat praktikal

Jurusan perniagaan dikatakan lebih “secure” atau terjamin daripada jurusan lain kerana keperluan perniagaan akan sentiasa wujud dalam setiap industri. Sama ada syarikat-syarikat global atau syarikat berskala sederhana dan kecil, setiap organisasi memerlukan individu ataupun pekerja yang mempunyai kecerdasan perniagaan untuk terus berfungsi dan beroperasi dengan sempurna. Hal ini akan sentiasa menjamin permintaan untuk pelbagai fungsi perniagaan seperti pengurusan, pentadbiran, pemasaran, kewangan dan sebagainya walaupun dalam keadaan ekonomi yang lemah.

  1. Banyak peluang untuk kemajuan kerjaya

Secara umumnya, bidang ini menawarkan lebih banyak peluang untuk kemajuan kerjaya kerana ia mempunyai skop pembelajaran dan perkembangan yang tinggi. Anda boleh sentiasa meningkatkan kemahiran dengan mengikuti pelbagai kursus yang berkaitan atau mencabar diri dengan inisiatif penambahbaikan proses kerja. Anda mungkin menerima pelbagai insentif dari majikan seperti kenaikan gaji, penghormatan profesional, dan penambahan faedah kerja yang lain jika anda sering mengambil inisiatif untuk memajukan diri.

  1. Mudah untuk memulakan perniagaan anda sendiri

Ramai mempunyai kebolehan untuk memulakan perniagaan sendiri tetapi ada yang gagal kerana mereka tidak cukup tahu tentang industri yang diceburi. Sebagai contoh, pereka dalaman mungkin berbakat dalam mereka bentuk tetapi mungkin tidak mahir dalam prinsip asas perakaunan, pemasaran, dan pengurusan pekerja. Oleh itu, sangat penting untuk anda untuk menggabungkan aspek pengajian perniagaan dengan jurusan utama anda untuk membina empayar perniagaan anda sendiri. Dengan kemahiran asas, pemahaman pemasaran yang baik, pemikiran yang kritis dan kreatif, serta sokongan kewangan yang stabil, anda boleh menjayakan apa sahaja perniagaan yang diminati.

  1. Lebih mudah untuk beralih ke industri lain

Kerjaya dalam bidang perniagaan adalah lebih fleksibel berbanding kerjaya dalam bidang sains dan teknikal. Mereka yang mempunyai kepakaran perniagaan lebih mudah menyesuaikan diri dalam mana-mana industri yang memerlukan kepakaran tersebut dan ini memudahkan peralihan dari satu profesion ke profesion yang lain.

Ketahui lebih lanjut mengenai program perniagaan di SEGi University / College Kota Damansara di www.segi.edu.my atau hubungi 03-6145 1777 atau WhatsApp 011-1210 6389 untuk bercakap dengan kaunselor kami.

 

Spread the love