Ciri-ciri Akauntan Berjaya

Sekiranya anda berminat untuk menjadi seorang akauntan, anda memerlukan pelbagai kemahiran untuk berjaya. Kerjaya sebagai akauntan bukanlah sesuatu yang boleh dicapai dengan kelayakan sahaja, tetapi ia memerlukan kemahiran insaniah yang tinggi. Berikut adalah antara kualiti penting yang perlu ada pada setiap akauntan.

  1. Etika dan integriti yang tinggi

Etika dan integriti merupakan antara ciri-ciri terpenting untuk seseorang menjadi akauntan yang berjaya dan berwibawa. Mereka harus tahu dan sentiasa bijak dalam mengenalpasti perkara yang betul dan salah untuk dilaksanakan dalam bidang tugas mereka, dan perlu sentiasa menunjukkan integriti dalam laporan perakaunan dan pembukuan.

  1. Pembelajaran secara berterusan

Akauntan perlu kukuh dalam semua asas dunia perakaunan. Selain itu, anda juga mesti menunjukkan minat untuk terus mengikuti perkembangan terkini. Dari pengenalan kepada prinsip perakaunan kepada undang-undang dan cukai baru, bidang perakaunan sentiasa berubah dari masa ke semasa dan akauntan harus memastikan mereka mempunyai pemahaman yang mendalam mengenai perkembangan terkini dalam bidang masing-masing.

  1. Kecelikan teknologi

Pada masa kini, teknologi juga memainkan peranan besar dalam industri dan para akauntan harus mendapatkan pendedahan secukupnya dalam topik ini. Akauntan yang tidak berminat untuk belajar tentang perkembangan dalam dunia perkaunan tidak boleh kekal lama dan perkara ini menyukarkan perkembangan professional mereka kerana mereka tidak dapat menjadi aset penting kepada organisasi untuk jangka masa yang panjang.

  1. Kriteria ketepatan

Adalah penting bagi akauntan yang berjaya untuk memperoleh kriteria ketepatan dalam hasil kerja mereka. Salah letak digit atau bahkan tanda koma boleh mengakibatkan risiko kewangan bagi organisasi mereka. Oleh yang demikian, akauntan mesti menumpukan perhatian pada perincian dan memberi banyak penekanan pada ketepatan hasil kerja mereka. Akauntan juga mesti sentiasa cekap dalam memeriksa semula butiran akaun atau laporan yang dihasilkan.

  1. Kemahiran akauntabiliti

Akauntabiliti terhadap pengurusan kewangan sesebuah organisasi merupakan kualiti penting yang harus ada dalam diri setiap akauntan. Akauntan juga harus bertanggungjawab dalam memikul kesalahan yang dilakukan dan memastikan bahawa ia tidak berulang. Kesalahan boleh berlaku pada setiap orang, termasuk pekerja cemerlang. Bagaimanapun, akauntan harus mengambil langkah-langkah untuk mencegah ketidaktepatan dalam peraturan kewangan yang ditetapkan.

  1. Kebolehan bekerja dalam satu pasukan

Perakaunan dan pembukuan memerlukan usaha kerja dalam berpasukan. Seorang akauntan mesti selesa bekerjasama dengan pasukannya untuk menyelesaikan kerja yang diperlukan. Selain itu, mereka juga mesti bijak bekerja dengan pelanggan secara langsung dan menyelaraskan tugas dengan pihak yang berkepentingan. Setiap akauntan mesti arif dengan cara-cara bekerjasama untuk mencapai matlamat organisasi masing-masing.

SEGi University, salah sebuah universiti swasta terkemuka di Malaysia, menyediakan peluang kepada anda untuk menjadi akauntan yang bertauliah. SEGi menawarkan jurusan Bachelor of Accounting (Hons)  dalam bentuk ijazah berganda dengan kerjasama University of Central Lancashire (UCLan), UK di bawah Fakulti Peniagaan, Perakaunan dan Pengurusan (FOBAM) untuk meningkatkan kebolehpasaran para graduan.

Untuk maklumat lebih lanjut, layari https://xcaliburdigital.com/vr/demo_import/. Atau hubungi 03-6145 1777 atau WhatsApp 011-1210 6389 untuk bercakap dengan kaunselor kami.

Spread the love