Kelebihan Pra-Universiti atau Program Asasi

Sekiranya anda sudah mempunyai kelayakan SPM dan mempunyai perancangan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana muda, anda mungkin memerlukan kelayakan pra-U untuk menempatkan diri di universiti atau mana-mana kolej.

  1. Asas Yang Kukuh

Antara program pra-U yang paling dikenali di Malaysia adalah program Asasi. Program Asasi memberi kelebihan dan peluang untuk para pelajar mengasah kemahiran belajar yang sedia ada dalam diri mereka. Ia juga turut memberi asas pengenalan yang kukuh dalam bidang yang dipilih, di samping memberi tumpuan, pendekatan dan fahaman dasar kepada bidang pengajian mereka di universiti nanti.

  1. Penjimatan Masa

Selain itu, program Asasi amat sesuai bagi pelajar yang ingin menjimatkan masa untuk menyambung pengajian pada peringkat ijazah sarjana muda. Program Asasi direka secara komprehensif dan hanya memerlukan tempoh 1 tahun pengajian sahaja. Setelah tamat pengajian, anda berpeluang untuk membuat permohonan masuk ke mana-mana universiti ataupun kolej lokal dan antarabangsa.

  1. Penjimatan Kos

Seterusnya, antara kelebihan utama mendaftar masuk ke program Asasi ialah program ini secara langsung dapat menjimatkan kos pengajian. Sepanjang program ini, para pelajar hanya akan berbelanja untuk yuran selama setahun sahaja. Kos pengajian program Asasi jauh lebih berpatutan berbanding kos pengajian program diploma di mana-mana institusi pengajian awam atau swasta. Para pelajar turut berpeluang membuat permohonan dan memperoleh biasiswa sekiranya berjaya meraih keputusan cemerlang dalam SPM. Lebih-lebih lagi, sesetengah program asasi membolehkan anda terus masuk ke semester kedua kerana beberapa subjek wajib telah terangkum dalam program asasi.

  1. Akses Pengajian Mudah

Centre of Pre-University (CPU), SEGi University menawarkan program-program Asasi yang direka khas untuk membantu pelajar lepasan SPM untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana muda iaitu Foundation in Arts dan Foundation in Science. Program pengajian 1 tahun ini akan memberi anda pengetahuan teori dan akademik yang menyeluruh tentang pelbagai bidang.

Melalui program Asasi di SEGi, anda juga berkelayakan untuk melanjutkan pengajian sarjana muda di Malaysia ataupun di luar negara sekiranya melepasi syarat-syarat kemasukan yang diperlukan. Graduan program Asasi SEGi juga berpeluang melanjutkan ijazah sarjana muda di SEGi serta universiti perkongsiannya University of Central Lancashire (UCLAN).

Untuk maklumat lanjut, layari www.segi.edu.my atau www.segiuniversity.edu.my.

Spread the love