Risiko Pemasangan Bulu Mata Palsu

Ramai pengguna di seluruh dunia telah mengadopsi trend bulu mata palsu yang merangkumi 4 jenis iaitu; extensions, falsies, lifts/tints, dan growth serums. Walaubagaimanapun, keempat-empat kategori ini berkemungkinan besar akan menyebabkan komplikasi pada permukaan ocular dan bebola mata jika pemakainya tidak mengikuti langkah-langkah penjagaan mata yang baik.

Siapa yang tidak mahukan bulu mata yang panjang kan? Terdapat banyak spa dan salun yang menawarkan perkhidmatan seperti di atas. Oleh itu, kepada yang menggunakan dan menawarkan perkhidmatan ini, pengetahuan yang mendalam tentang trend ini adalah kunci untuk mengelakkan sebarang jenis komplikasi atau jangkitan mata. Pengetahuan mengenai setiap pilihan, kemungkinan kesan sampingan dan rawatan yang tepat untuk memastikan hasil yang optimum adalah penting untuk penjagaan mata pengguna serta pengekalan reputasi perniagaan atau perkhidmatan.

Berikut adalah komplikasi permukaan okular yang biasa dijumpai pada individu yang suka memakai bulu mata palsu:

  • Dermatitis
  • Konjuktivitis
  • Demodex
  • Mata kering (gatal, keradangan)
  • Madarosis (kehilangan bulu mata semula jadi)

Bagi wanita yang mengalami komplikasi di atas, ia boleh disebabkan oleh pembersihan kawasan mata yang kurang memuaskan atau rutin pemakaian alat solek di bahagian atas mata. Mereka juga mungkin tidak mendapatkan perkhidmatan pemasangan, pembersihan atau pembuangan bulu mata palsu tersebut di spa atau salun yang berkualiti, sekaligus menyebabkan keadaan mata menjadi lebih teruk.

Sekiranya pesakit terus mengamalkan pengurusan bulu mata yang tidak sihat, senario terburuk mereka adalah madarosis dan mata kering atau permukaan mata yang teruk.

Maklumat seperti ini juga adalah penting bagi individu yang suka mengikuti trend kecantikkan supaya mereka juga lebih arif dalam hal-hal penjagaan kesihatan mata.

Tahukan anda SEGi mempunyai sebuah pusat optometrik yang juga berfungsi sebagai pusat perkhidmatan mata untuk orang ramai? SEGi EyeCare ditubuhkan di bawah Fakulti Optometri dan Sains Penglihatan sebagai pusat yang menyediakan rawatan penglihatan secara klinikal. Terdapat kemudahan canggih dan ahli-ahli optometris berpengalaman yang menyediakan perkhidmatan penjagaan mata umum dan khusus.

Di samping memberi peluang kepada para pelajar untuk memperoleh pengalaman pembelajaran secara hands-on dalam mengendalikan kes-kes berkaitan mata, SEGi EyeCare juga menawarkan pelbagai kepakaran dalam rawatan penglihatan seperti pemakaian kanta lekap (contact lense) yang betul, penglihatan pediatrik dan binokular serta perkhidmatan rawatan gangguan penglihatan. Di samping itu, pusat ini juga menyediakan pelbagai pilihan bingkai cermin mata yang bergaya dan berpatutan serta pelbagai jenis kanta lekap.

Perkhidmatan di SEGi EyeCare terbuka untuk kakitangan, pelajar dan orang awam. Pasukan optometris kami akan memberikan rawatan yang menyeluruh. Kami menjemput anda untuk meneroka perkhidmatan kami dan melihat bagaimana SEGi EyeCare berfungsi untuk orang ramai.

Bagi pelajar yang mempunyai minat mendalam dalam bidang penjagaan kesihatan mata dan ingin melanjutkan pengajian ijazah sarjana muda dalam bidang ini boleh mengikuti pengajian Bachelor of Optometry (Hons) yang diiktiraf sepenuhnya oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Kursus ini juga mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Majlis Optik Malaysia (MOC). SEGi adalah antara institusi swasta utama yang menawarkan kursus optometri yang beriktiraf dan terkenal di dalam dan luar negara.

Untuk maklumat lanjut, layari https://segi.edu.my/study-with-us/course/bachelor-of-optometry

Spread the love