Tiga langkah untuk memotivasikan diri dalam e-pembelajaran / pnline learning

Globalisasi membawa perubahan teknologi kepada masyarakat. Ledakan maklumat dan keupayaan teknologi terutamanya kuasa digital dan pengkomputeran telah menukar sistem pendidikan dan teori pembelajaran. Kini, konsep universiti maya menyediakan persekitaran pembelajaran lengkap secara jarak jauh atau atas talian (online) melalui World Wide Web (WWW) dengan bantuan teknologi maklumat dan komunikasi. Alatan ini merupakan simulasi yang membolehkan pelajar mengalami pengalaman pembelajaran sebenar dan dapat berinteraksi dengan individu lain tanpa perlu bersemuka. Kemudahan ini memberi peluang kepada individu-individu lain untuk sentiasa mengemaskini ilmu, pengetahuan dan kemahiran di sepanjang hayat mereka. Jadi, bagaimanakah cara-cara untuk memotivasikan diri dalam kalangan para pelajar dalam melakukan pembelajaran atas talian?

Motivasi dilihat sebagai faktor utama memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan pencapaian pelajar. Motivasi juga merupakan salah satu faktor utama yang dapat mempengaruhi proses pembelajaran, menjadi pendorong hasrat untuk belajar. Tanpa motivasi, proses pembelajaran sukar dijalankan dan proses pembelajaran memerlukan usaha dan ketekunan pelajar bagi memastikan mereka dapat mencapai matlamat, iaitu kejayaan yang diimpikan. Pencapaian dalam bidang akademik menjadi kayu pengukur untuk mereka terus berjaya mengharungi kehidupan dalam dunia hari ini.

Pertama,

Antara langkah yang dapat meningkatkan motivasi anda dalam online learning adalah dengan meningkatkan keterlibatan diri ketika sesi pembelajaran. Hal ini akan menjadikan para pelajar lebih aktif, minat dan memahami tentang apa yang dipelajari, sekaligus dapat meningkatkan pengalaman peribadi atau profesional anda.

Kedua,

Disiplin dalam mengatur jadual waktu untuk segala aktiviti harian anda. Perkara ini dapat membentuk diri anda menjadi lebih berdisiplin serta tidak melakukan perkara yang kurang berfaedah. Dengan mengatur jadual waktu pembelajaran yang tepat, anda akan menjadi lebih fokus dengan pembelajaran online serta aktiviti-aktiviti lain dapat dilakukan dengan teratur. Pengurusan masa itu sangat penting dan salah satu ciri-ciri orang yang berjaya.

Ketiga,

begaul dengan rakan-rakan yang mempunyai matlamat sama untuk berjaya dalam hidup. Perkara ini sangat penting dan perlu dititik beratkan agar kita lebih fokus dalam permbelajaran. Kelilingi diri anda dengan individu-individu yang hebat dan pastinya anda juga akan menjadi hebat dan berjaya seperti mereka. Tahukah anda, 85% kejayaan kita bergantung kepada mereka yang berada di sekeliling kita? Oleh itu, kelilingi diri anda dengan mereka yang hebat dan mempunyai visi serta matlamat, maka anda akan menjadi seperti mereka.

Di SEGi University, kami menawarkan pembelajaran atas talian yang dikenali sebagai Professional and Continuing Education (PACE). Menerusi PACE, para pelajar berpeluang menamatkan pengajian walaupun mempunyai jadual kerja atau harian yang padat. SEGi menawarkan jadual pembelajaran yang fleksibel bagi golongan professional untuk meneruskan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Di samping itu, selain daripada kaedah pembelajaran atas talian, SEGi menawarkan program pengajian dari peringkat Diploma hingga ke peringkat Sarjana melalui kaedah pembelajaran pada hujung minggu atau waktu petang, melalui penyelidikan, dan strategi pembelajaran gabungan (BL). Antara program yang ditawarkan adalah:

· Bachelor of Business Management (Honours) (Online)

· Bachelor of Mass Communication (Honours)

· Diploma in Early Childhood Education (Online)

· Executive Diploma in Business Administration (Online)

· Master of Business Administration (General Management) (Online)

· Master of Business Administration (Global Business) (Online)

Untuk ketahui maklumat lanjut, sila layari www.segi.edu.my atau hubungi 03-6145 1777 atau WhatsApp 011-1210 6389.

Spread the love