Panduan Menjadi Seorang Doktor Gigi

Menjadi doktor gigi bukanlah sesuatu perkara yang boleh terjadi dalam sekelip mata. Biasanya, ia memerlukan tempoh lima tahun untuk menyelesaikan pengajian sarjana muda pergigian di institusi pengajian tinggi yang diiktiraf. Ini bermaksud bahawa kerjaya pergigian memerlukan kerja keras dan kesabaran yang tinggi. Ketahui sama ada anda mempunyai ciri-ciri yang diperlukan untuk menjadi seorang doktor gigi yang cekap.

Memilih Kerjaya sebagai Doktor Gigi

Kerjaya dalam penjagaan pergigian memberi manfaat tinggi tetapi laluan dan langkah untuk menjadi doktor gigi adalah panjang dan sukar kerana ia memerlukan laluan pendidikan formal yang komprehensif seperti bidang perubatan. Sebelum membuat keputusan, tanyalah diri jika anda betul-betul bersedia untuk menghadapi cabaran ini?

Kedua, audit diri dan cuba menilai ciri-ciri peribadi anda. Berikut adalah ciri-ciri yang biasa ditemui pada seorang doktor gigi:

  1. Kemahiran komunikasi dan interpersonal yang sangat baik
  2. Keupayaan untuk mengadaptasi dalam apa jua keadaan
  3. Keinginan untuk menghadapi cabaran
  4. Ketangkasan bekerja dengan cepat dan cekap
  5. Keinginan tinggi untuk menolong orang
  6. Minat mendalam dalam bidang sains
  7. Kesabaran yang tinggi
  8. Mempunyai kreativiti saintifik dan seni

Menjadi sukarelawan di pusat latihan pergigian tempatan atau berbicara dengan pengamal penjagaan kesihatan oral juga merupakan kaedah terbaik untuk mengukur minat dan motivasi anda dalam bidang penjagaan pergigian.

Kemasukkan ke Sekolah Pergigian

Sekiranya anda telah mengambil keputusan untuk menjadi doktor gigi, berikut adalah langkah-langkah selanjutnya.

  1. Anda akan mengambil masa lima tahun untuk mendapatkan ijazah sarjana muda dalam bidang ini. Untuk masuk ke sekolah pergigian, anda harus menumpukan perhatian dan mendapat skor yang baik dalam subjek-subjek sains, matematik, biologi, kimia, fizik dan memenuhi bidang prasyarat lain. Setiap sekolah pergigian mempunyai syarat kursus yang berbeza, jadi pastikan anda meneliti syarat kemasukkan dengan tepat.
  2. Dapatkan skor DAT yang tinggi. Mendapatkan markah yang baik dalam Ujian Kemasukan Gigi (DAT) adalah salah satu langkah terpenting dalam menyiapkan diri untuk kemasukan ke sekolah pergigian. DAT merangkumi beberapa aspek pengetahuan dan kemahiran termasuk kemampuan emosi, pemahaman membaca dan sains. Pelajar biasanya mengambil ujian ini semasa kuliah mereka. Pastikan anda mula membuat persediaan lebih awal.
  3. Mengekalkan GPA yang baik dan menjadi sukarelawan di pejabat doktor gigi berhampiran dapat meningkatkan peluang diterima masuk ke sekolah pergigian. Sekolah pergigian juga sering mencari individu yang rajin, mempunyai keperibadian yang baik dan pencapaian akademik yang unggul. Sebagai langkah tambahan, surat cadangan dan wawancara peribadi juga boleh diambil kira untuk mengukur kekuatan tambahan calon.

Menjadi Doktor Gigi yang Berjaya

Walaupun laluan yang diambil agak mencabar, tetapi kerjaya sebagai doctor gigi pasti memberikan kepuasan yang sangat tinggi.

Sekiranya anda berminat untuk menjadi graduan pergigian yang memenuhi keperluan industry masa depan, SEGi University adalah pilihan terbaik untuk anda.

Sarjana Muda Pembedahan Pergigian (BDS) SEGi University merupakan program pengajian lima tahun yang bertujuan untuk menghasilkan pengamal pergigian yang kompeten, penyayang, berpengetahuan dan berkemahiran, sekaligus memenuhi keperluan industri kini.

Fakulti Pergigian SEGi University dilengkapi dengan kemudahan dan fasiliti moden bertaraf dunia untuk memenuhi keperluan pelajar masa kini. Ini termasuklah SEGi Oral Health Centre atau Pusat Kesihatan Pergigian SEGi yang membolehkan pelajar mendapatkan latihan secara hands-on (praktikal) di bawah seliaan professional kerana fasiliti pengajaran ini menawarkan perkhidmatan pergigian kepada orang ramai.

Program pengajian SEGi juga diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia dan para graduan juga layak untuk menjadi doktor bertauliah di bawah Majlis Pergigian Malaysia.

Untuk ketahui lebih lanjut tentang program pergigian di SEGi University, sila layari www.segi.edu.my atau, hubungi 03-6145 1777 atau 1800-88-7344.

Spread the love