Dengan transformasi digital dan pertumbuhan pesat ekonomi digital dan e-dagang, keselamatan siber merupakan antara faktor perniagaan yang kritikal dan penting. Keselamatan siber kini memasuki arus perdana. Ancaman keselamatan siber boleh melumpuhkan organisasi, infrastruktur dan menyebabkan kerugian yang besar. Ia juga membuka ruang kepada penggodam yang tidak beretika untuk melancarkan “serangan” terhadap data serta dana kerajaan...