Seni Kulinari Bukan Sekadar Masakan

Seni kulinari yang memberi tumpuan kepada kemahiran dan kesenian dalam memasak makanan pada masa kini semakin mendapat perhatian ramai, serta industri ini juga turut berkembang pesat berikutan industri pelancongan, perhotelan dan restoran-restoran di Malaysia yang semakin meningkat.

Justeru, industri ini menjadikan kerjaya sebagai cef atau tukang masak profesional bukan sebuah kerjaya yang mudah serta sangat dikagumi ramai orang, terutama sekali bagi pelancong dari negara luar oleh disebabkan kebolehan dan kemahiran yang dimiliki.

Seperti yang kita sedia tahu, seni kulinari bukan hanya sekadar masakan atau tahu memasak, tetapi ia membabitkan penyediaan makanan, pastri atau kek dan banyak lagi yang berkaitan dengan aktiviti masakan. Oleh itu, kerjaya dalam bidang ini diiktiraf sebagai kerjaya profesional yang memerlukan kreativiti dan kepakaran yang sangat tinggi.

Dalam melahirkan graduan dan tenaga kerja yang memenuhi keperluan industri ini pada masa akan datang, School of Hospitality & Tourism (SoHT) SEGi University Kota Damansara menawarkan program Diploma in Culinary Arts yang dapat melahirkan golongan profesional dalam bidang seni kulinari.

Melalui program seperti ini, SEGi menerapkan kurikulum bersepadu bagi memastikan pelajar berkebolehan dalam pelbagai aspek merangkumi tatacara penyediaan dan pengurusan makanan. Setiap pelajar akan didedahkan dengan teknik untuk meningkatkan kemahiran memasak secara profesional bagi menghasilkan graduan berkualiti serta mampu bersaing di pasaran kerja.

Graduan seni kulinari boleh menceburi kerjaya pilihan di pasaran kerja seperti cef, cef pasteri, pengusaha katering ataupun usahawan.

Sekiranya anda berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang seni kulinari, SEGi University adalah pilihan anda. Untuk ketahui lebih lanjut tentang program yang ditawarkan di SEGi University, sila layari www.segi.edu.my atau, hubungi 03-6145 1777 atau 1800-88-7344.

Spread the love