Peluang yang Luas Dalam Pentadbiran Perniagaan

Pentadbiran perniagaan merupakan salah satu bidang peluang pekerjaan yang paling popular ditawarkan dalam kalangan majikan di Malaysia. Bidang ini juga turut mempunyai pelbagai cabang antaranya adalah pemasaran, kewangan, operasi, sumber manusia dan bidang lain di organisasi tempatan serta antarabangsa di setiap industri. Di samping itu, bidang pengajian pengurusan perniagaan amat penting dalam menjadi dan melahirkan usahawan yang berjaya.

Master of Business Administration (MBA) kini ditawarkan di SEGi University pengkhususan dalam General Management, Global Business, Finance, Marketing dan Human Resource Management, ia merupakan ijazah sarjana dua tahun (mod sepenuh masa) yang memberi tumpuan kepada pelbagai bidang perniagaan, seperti ekonomi, hartanah dan lain-lain. Program ijazah sarjana ini memberikan pengetahuan kukuh dan meluas tentang prinsip-prinsip dan amalan pentadbiran perniagaan dalam melahirkan graduan yang berkebolehan dan mampan. Di samping itu, SEGi juga menawarkan program MBA secara atas talian, untuk memberi peluang yang sama kepada individu-individu profesional yang sentiasa sibuk dengan jadual harian. SEGi mewujudkan program Master of Business Administration (General Management) (Online) dan Master of Business Administration (Global Business) (Online) untuk memberi penyelesaian yang sangat baik bagi mereka yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat seterusnya, tetapi tiada peluang secara fizikal untuk menghadiri kelas di kampus.

Pelajar cenderung dalam melanjutkan pengajian dalam program MBA ini oleh kerana peluang yang luas dalam industri pekerjaan. Menurut afterschool.my, kini di Malaysia, bidang pentadbiran perniagaan semakin kritikal, di mana graduan dari jurusan MBA menjadi pilihan oleh pelbagai syarikat tempatan dan antarabangsa kerana negara Malaysia menjalinkan pelbagai hubungan perniagaan dengan negara luar, terutama sekali negara China.

Majikan masa kini mengambil graduan pentadbiran perniagaan sebagai pengurus jualan, pengurus operasi dan pemasaran dan banyak lagi. Di samping itu para pelajar boleh memilih laluan untuk membina empayar perniagaan sendiri sebagai usahawan dengan menggunakan kemahiran dan kebolehan yang mereka perolehi.

Jika anda berminat untuk mengikuti program Master of Business Administration di SEGi University, anda boleh hubungi kaunselor kami di talian 03-6145 1777 atau 1800-88-7344, atau layari www.segi.edu.my untuk mengetahui maklumat lebih lanjut tentang program yang ditawarkan.

Spread the love