Mengapa penyelidikan penting untuk golongan profesional?

Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa individu yang mengambil bahagian dalam penyelidikan di peringkat ijazah sarjana mempunyai kelebihan tersendiri dalam bidang kerjaya mereka. Antara kelebihan ini termasuklah

  • Kemahiran menyelesaikan masalah yang baik
  • Pemahaman kaedah penyelidikan yang efisien
  • Pemahaman yang lebih mendalam mengenai disiplin/sesuatu bidang
  • Keyakinan yang lebih tinggi
  • Pemahaman yang lebih baik mengenai kerjaya dan peluang pertumbuhan dalam bidang yang diceburi

Di samping itu, ia juga menunjukkan bahawa pelajar yang mengambil bahagian dalam penyelidikan semasa pengajian mereka turut:

  • Menimba pengalaman pembelajaran yang lebih menyeluruh
  • Mengasah minda dan cara pemikiran yang matang
  • Cenderung kepada gaya pembelajaran yang cemerlang
  • Kompetitif ketika mencari pekerjaan

Ijazah pascasiswazah dan penyelidikan akan membantu anda mencapai matlamat kerjaya yang lebih tinggi, gaji yang setimpal, kenaikan pangkat yang sesuai, ataupun menukar industri pekerjaan anda ke bidang yang lebih diminati.

Institute of Graduate Studies (IGS), SEGi University komited untuk menyediakan saluran pengajian pascasiswazah bagi para pelajar yang bercita-cita tinggi untuk mempelopori bidang penyelidikan dan menyumbang secara produktif ke arah Industri 4.0.

SEGi bukan hanya berfungsi sebagai medium untuk pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas, malah ia juga mendorong staf dan para pelajar ke arah usaha penyelidikan dan pembangunan yang mampan.

IGS mempromosikan penyelidikan pelbagai disiplin, memupuk hubungan industri dan mendorong pandangan global. IGS juga amat mementingkan penyelidikan yang beretika dan bertanggungjawab untuk pembangunan perundingan professional untuk industri masa kini.

Jika anda merupakan salah seorang dari golongan profesional yang ingin tingkatkan kerjaya dan kepakaran penyelidikan, serta menjadi sebahagian daripada revolusi Industri 4.0, SEGi University adalah pilihan yang tepat untuk anda! Layari www.segi.edu.my untuk mengetahui lebih lanjut tentang kursus, dan peluang penyelidikan yang sedia ada.

 

Spread the love