Pilih program Pra–Universiti tepat untuk anda

  • Pelajar lepasan SPM?
  • Ingin melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda tetapi tidak pasti dengan hala tuju pendidikan atau pekerjaan?

Jika jawapan yang diberi adalah ya untuk kedua-dua soalan di atas, program pra-universiti mungkin adalah pilihan paling tepat untuk anda memulakan langkah sebagai seorang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).

Persoalannya, apakah kursus atau aliran yang sesuai untuk anda?

Di SEGi University Kota Damansara, terdapat dua cabang atau skop pilihan program pengajian asasi untuk pelajar lepasan SPM, UEC, O-Level ataupun setaraf dengannya.

 

  1. Sains

Program Asasi Sains (Foundation in Science) amat bersesuaian bagi pelajar yang cenderung dan cemerlang dalam aliran sains dan matematik. Ia direka khas bagi pelajar yang ingin menyambung pengajian dalam bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi, Optometri dan Kejuruteraan. SEGi turut menawarkan kesemua program tersebut di peringkat sarjana muda bagi yang layak jadi anda boleh mengikuti mana-mana jurusan ijazah yang digemari setelah tamat pengajian pra-universiti.

Dengan peningkatan populasi di seluruh dunia, serta ancaman pelbagai penyakit global dan penubuhan hospital-hospital baru tempatan dan antarabangsa, keperluan graduan dalam bidang ini amat tinggi bagi memenuhi kekosongan yang tersedia dalam membantu meningkatkan kualiti perkhidmatan.

 

  1. Sastera

Program Asasi Sastera pula merupakan tiket dan laluan anda untuk melangkah ke pelbagai bidang lain, sebagai contoh Perakaunan dan Perniagaan, Hospitaliti, Pengajian Komunikasi, Reka Bentuk Kreatif, Pendidikan, Bahasa Inggeris dan Perhubungan Awam, Teknologi Maklumat, Seni Bina dan Seni Reka Dalaman dan Juruukur Bahan.

Melalui program ini, anda bebas memilih pelbagai bidang yang ingin diceburi. Program pra-universiti ini menyediakan asas kukuh yang diperlukan untuk peringkat seterusnya iaitu program sarjana muda. Di SEGi, terdapat pelbagai program sarjana muda yang ditawarkan dan ia mempunyai hubungan global dengan beberapa universiti kelas pertama di seluruh dunia, seperti University of Central Lancashire (UCLAN), University of Sunderland, UK dan Troy University, US.

Selain itu, program Pra-Universiti SEGi juga membolehkan dan memberi fleksibiliti kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat seterusnya di mana-mana universiti tempatan ataupun antarabangsa.

Jika masih buntu, kaunselor SEGi University sedia membantu anda mengenalpasti hala tuju yang boleh diteroka. SEGi turut menawarkan biasiswa 100% untuk para pelajar yang ingin melanjutkan pengajian dalam program pra-universiti kami. Untuk ketahui lebih lanjut tentang program pra-universiti di SEGi University, layari www.segi.edu.my atau, hubungi 03-6145 1777 atau 1800-88-7344.

Spread the love