SEGi University & Colleges memenangi anugerah pulangan ekuiti tertinggi selama tiga tahun

Kumpulan pendidikan SEGi University & Colleges (SEG International Bhd) telah memenangi Anugerah Pulangan Ekuiti Tertinggi Selama Tiga Tahun di Majlis Anugerah Korporat Kelab Centurion The Edge Malaysia yang diadakan pada 19 September 2022. 

Dihadiri oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, majlis ini kembali selepas terhenti selama dua tahun disebabkan oleh pandemik Covid-19. 29 daripada syarikat tersenarai awam yang berprestasi terbaik dalam pasaran saham dengan kapitalisasi pasaran antara RM100 juta hingga RM1 bilion telah dinamakan sebagai pemenang dalam 36 kategori. 

Kemenangan dalam Anugerah Pulangan Ekuiti Tertinggi Selama Tiga Tahun menunjukkan kekuatan prestasi kewangan syarikat. SEGi kekal kukuh dan stabil dari segi kewangan walaupun dalam tempoh pandemik. 

Baca selanjutnya di: https://bit.ly/3UeJYTB

Spread the love