Adakah MBA berbaloi?

Seperti yang kita sedia maklum, program Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan (MBA) dapat membantu para profesional meningkatkan peluang kerjaya mereka, mendapatkan gaji yang setimpal dengan kelayakan dan pengalaman, dan kenaikan pangkat yang sesuai.

MBA dapat memberikan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk memulakan perniagaan baru, dan ramai majikan memerlukan graduan MBA untuk jawatan pengurusan atau kepemimpinan perniagaan untuk organisasi masing-masing.

Terdapat beberapa program MBA dari sekolah perniagaan atau universiti terkemuka yang boleh menelan belanja hampir $100,000 – perbelanjaan yang sangat besar untuk graduan masa kini. Mereka juga memerlukan masa yang lama untuk belajar sambil bekerja.

Ijazah MBA di SEGi

Graduate School of Business (GSB) di SEGi University menawarkan Ijazah MBA yang diiktiraf secara meluas dengan bayaran yang berpatutan. Ijazah MBA di SEGi juga membolehkan graduan mengkhususkan diri dalam bidang Perniagaan Global, Pengurusan Umum, Kewangan, Pengurusan Sumber Manusia, dan Pemasaran.

Kerja kursus MBA di SEGi melibatkan spektrum yang luas dan merangkumi pelbagai aspek perniagaan seperti perakaunan, statistik, ekonomi, komunikasi, pengurusan, dan keusahawanan.

Program MBA kami bukan sahaja dikhususkan untuk pelajar yang bekerja di institusi kewangan seperti bank, tetapi juga mempersiapkan anda untuk jawatan pengurusan dalam bidang lain. Ia juga dapat mendorong anda untuk menjadi pengasas syarikat sendiri.

Terdapat dua laluan yang boleh diambil untuk memperoleh Ijazah MBA, iaitu program sepenuh masa dan sambilan. Kebiasaanya, pelajar sepenuh masa terdiri daripada kalangan pelajar-pelajar muda yang baru memperoleh ijazah sarjana muda yang ingin menamatkan pengajian sarjana dengan lebih awal. Pelajar-pelajar golongan ini mampu memberi komitmen terhadap pengajian MBA secara sepenuh masa di kampus.

Program MBA sambilan (part-time) biasanya dirancang untuk para profesional yang mempunyai pengalaman bekerja dalam sesebuah industri dan ramai antara mereka berada dalam lingkungan umur 30-42 tahun.

Program MBA sambilan ini juga direka khas untuk pekerja yang sedang bekerja sepenuh masa tetapi ingin mencapai kemahiran yang lebih tinggi dalam aspek kepimpinan. Pelajar-pelajar dewasa seperti ini boleh mendapat kemudahan untuk mengikuti kelas selepas waktu bekerja, pada waktu petang atau pada hujung minggu untuk membantu meningkatkan prospek kerjaya mereka.

Adakah MBA berbaloi?

MBA sangat berbaloi sekiranya perbelanjaan, masa, dan usaha yang ditumpukan dapat membantu graduan mencapai pertumbuhan kerjaya yang lebih baik dalam bidang yang berkaitan. Bagi mereka yang bekerja di luar industri perniagaan, MBA dapat meningkatkan kecekapan mereka dalam hal-ehwal pengurusan dan kepimpinan.

Cemerlang dalam akademik menunjukkan seseorang individu itu mempunyai asas kukuh dalam sesuatu subjek, tetapi sekolah perniagaan biasanya bertujuan untuk menghasilkan profesional cemerlang dalam dunia sebenar. Sering kali, kita juga dapat melihat majikan membayar elaun pengajian bagi pekerja jika mereka percaya bahawa ijazah MBA yang diperoleh akan menambah nilai dan menjadikan pekerja mereka sebagai aset yang lebih berharga untuk syarikat.

SEGi menyediakan peluang memperoleh Ijazah MBA bertaraf dunia dan diiktiraf. Selain ahli akademik yang berdedikasi, hubungan industri yang baik, perkongsian universiti antarabangsa, dan fasiliti berkelas dunia, SEGi University juga menawarkan mod penngajian fleksibel untuk profesional yang bekerja, seperti kelas secara atas talian dan hujung minggu.

Sekiranya anda seorang profesional yang bekerja dan ingin meningkatkan karier anda dengan MBA, SEGi University dapat membantu anda dalam mencapai matlamat kerjaya anda.

Layari www.segi.edu.my atau hubungi 03-6145 1777 atau WhatsApp 011-1210 6389. Sebagai alternatif, hubungi kaunselor kami untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kursus dan bengkel yang tersedia untuk anda.

Spread the love