Peluang kerjaya bidang farmasi kian meningkat

Pandemik Covid-19 semasa membuka lebih banyak ruang dan laluan kerjaya dalam bidang farmasi, terutama sekali bagi ahli farmasi komuniti dan hospital. Menurut akhbar Sinar Harian, Persatuan Farmasi Malaysia (PFM) menyatakan semua pihak harus membuka mata terhadap kepentingan perkhidmatan farmasi di Malaysia dan mengiktiraf peranan mereka sebagai petugas barisan hadapan yang penting.

Seperti yang kita dapat lihat, ahli farmasi dan pengusaha farmasi runcit atau komuniti swasta sangat diperlukan dalam memastikan orang awam menerima bekalan perubatan yang mencukupi. Tidak kira sama ada mereka berhadapan dengan sebuah pandemik atau keperluan kesihatan yang lain, ahli farmasi adalah golongan yang amat diperlukan pada masa kini. Selain berkhidmat seperti ‘frontliner’, mereka juga berperanan menjamin keselamatan dan kesihatan orang ramai dan menyumbang ke arah pemeliharaan kesihatan awam.

Walaupun terdapat peningkatan graduan farmasi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, keperluan kesihatan yang kian lama kian meningkat menjadi satu petanda baik bagi profesion ini.

“Perkhidmatan farmasi menjadi salah satu keperluan dalam bidang kesihatan am. Perkhidmatan farmasi kerajaan sahaja tidak mampu memenuhi permintaan dan keperluan ramai, jadi institusi pengajian tinggi swasta seperti SEGi bertanggungjawab melatih graduan farmasi yang berkualiti tinggi. Di SEGi University, kami sentiasa menekankan pendedahan praktikal yang komprehensif agar pelajar dapat menjadi ahli farmasi yang bertauliah,” kata Profesor Madya Dr. Tey Kim Kuan, Dekan, Fakuti Farmasi, SEGi University.

SEGi menyediakan pelbagai kemudahan penting bagi pelajar farmasi termasuk farmasi model (mock-up pharmacy), pengajaran dan pembelajaran yang unik serta kelengkapan fasiliti yang canggih untuk melengkapkan graduan dengan pengetahuan dan kemahirann yang relevan.

Bagi pelajar lepasan diploma atau pra-universiti yang berminat untuk menceburi kerjaya dalam bidang farmasi, SEGi University adalah antara universiti swasta berprestij yang menawarkan program sarjana muda, Bachelor of Pharmacy (Hons), yang diiktiraf sepenuhnya oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Ketahui lebih lanjut tentang program ini di www.segi.edu.my atau, hubungi 03-6145 1777 atau 1800-88-7344.

Spread the love