Persiapan untuk melangkah masuk ke Ijazah Kejuruteraan

Sekiranya anda yakin untuk melanjutkan kerjaya dalam bidang kejuruteraan, anda tidak perlu menunggu sehingga tamat sekolah untuk memulakan persiapan memasuki program ini.

Berikut adalah langkah-langkah yang boleh laksanakan di peringkat sekolah untuk  mempersiapkan diri menceburi bidang kejuruteraan. Tahukah anda, pengalaman yang dilalui di sekolah ini juga boleh dikira sebagai faktor penerimaan masuk ke program kejuruteraan di sesetengah institusi?

1. Sertai kelas atau pertandingan Matematik dan Sains yang mencabar

Bidang kejuruteraan memerlukan kemahiran matematik dan sains yang tinggi. Di peringkat kolej, terdapat pelbagai kursus yang berkaitan dengan matematik dan sains yang memerlukan kemahiran asas yang kukuh. Justeru, persiapkan diri anda dengan mengikuti kelas-kelas atau pertandingan matematik dan sains yang dianjurkan di sekolah anda.

Pertandingan yang berkaitan dengan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik) seperti pameran sains, Math Olympiad, Science Olympiad, Robolympics dan lain-lain dapat memberi pendedahan yang baik kepada pelajar yang meminati bidang kejuruteraan dan sains and teknologi.

Bahagian pengambilan pelajar di institusi pendidikan tinggi akan mengambil kira hal ini bagi calon pelajar yang menunjukkan komitmen dan kesungguhan yang tinggi untuk menceburi bidang pengajian kejuruteraan.

2. Mengambil bahagian dalam aktiviti ekstrakurikular berkaitan STEM

Salah satu cara untuk menunjukkan minat anda terhadap STEM adalah dengan mengambil bahagian dalam aktiviti ekstrakurikular yang relevan. Antara contoh yang relevan termasuklah menjadi ahli jawatankuasa atau ahli aktif dalam:

  • Kelab Kejuruteraan
  • Kelab Matematik
  • Kelab Fizik
  • Pasukan Robotik
  • Kelab Kimia
  • Kelab Pengekodan

Anda juga boleh membimbing pelajar lain dalam matematik dan sains, menghadiri kem sains atau matematik atau menjadi kaunselor kem sains dan matematik sebagai  demonstrasi kemahiran kepimpinan anda. Poin yang diterima untuk jawatan kepimpinan lebih tinggi daripada ahli biasa jadi ini boleh menjadi motivasi tambahan.

Sekiranya sekolah anda kekurangan kelab STEM, anda boleh juga mengambil inisiatif untuk memulakan kelab pelajar anda sendiri tetapi anda perlu berbincang dengan guru atau pentadbir sekolah dan mendapatkan kebenaran sebelum memulakannya.

3. Dapatkan Pengalaman Dunia Sebenar

Anda bukan sahaja akan memperoleh kemahiran dan pengetahuan melalui kerja kursus dan penglibatan ekstrakurikular anda, malah penglibatan anda turut membantu memperoleh pengalaman sebenar. Dapatkan nasihat kaunselor bimbingan anda sekiranya terdapat peluang yang berkaitan dengan bidang kejuruteraan yang bersesuaian dengan tahap anda. Anda juga boleh menghubungi atau menghantar e-mel kepada syarikat tempatan yang ingin mencari sukarelawan atau pembantu kerana walaupun anda tidak akan diberi tanggungjawab besar, anda masih akan dapat belajar dari suasana kerja tersebut.

4. Jangan abaikan kelas Bahasa Inggeris

Jangan sesekali mengabaikan pengajian Bahasa Inggeris anda. Majikan sentiasa memilih individu atau calon jurutera yang mempunyai kemahiran tinggi dalam komunikasi lisan dan bertulis. Oleh itu, sangat penting untuk anda mengikuti kursus atau kelas Pengucapan Awam di peringkat sekolah. Tingkatkan kemahiran bahasa Inggeris anda dan anda akan menjadi calon jurutera yang lengkap dan kompetitif.

5. Merangka dan melaksanakan projek bebas

Projek bebas adalah satu lagi pengalaman langsung. Bergantung pada minat anda, anda boleh membina laman web atau aplikasi, melakukan penyelidikan, membuat mesin asas atau robot di sekolah anda. Projek seperti ini memerlukan kreativiti dan penyelesaian masalah yang merupakan kemahiran penting bagi jurutera.

Masa terbaik untuk memulakan persiapan untuk kerjaya kejuruteraan anda adalah sekarang. Bina asas pengetahuan anda dalam matematik dan sains dengan mengikuti kursus berkaitan yang mencabar dan mengikuti pengajian secara bebas. Sertai aktiviti ekstra kurikulum dan cari peluang untuk menimba pengalaman dunia sebenar.

SEGi University membuka peluang kepada semua pelajar yang berkelayakan untuk memulakan langkah dalam mencapai kerjaya sebagai seorang jurutera yang bertauliah. Sertai program dan bengkel yang disediakan di SEGi untuk pengalaman pembelajaran kejuruteraan yang bermakna. Layari dan ketahui lebih lanjut mengenai program Kejuruteraan yang ditawarkan di SEGi melalui https://segi.edu.my/study-with-us/engineering-the-built-environment/. Anda juga boleh hubungi 03-6145 1777 atau WhatsApp 011-1210 6389 untuk bercakap dengan kaunselor kami.

Spread the love