Kemahiran yang Perlu Dimiliki Oleh Pakar Bedah

Pembedahan adalah skop kerjaya yang sangat mencabar dan kompleks. Ia merupakan salah satu pengkhususan yang penting dalam bidang perubatan. Profesion ini dianggap sebagai ‘life-saving profession’ kerana ia memberi pesakit peluang kehidupan yang baru.

Kemahiran yang dimiliki oleh pakar bedah juga dapat memberi impak besar kepada kesihatan komuniti secara umum. Selain kemahiran yang optimum, anda juga harus mempunyai keperibadian yang sesuai untuk menceburi kerjaya dalam bidang ini.

Adakah anda bersedia untuk kerjaya seperti ini? Jom kita lihat gabungan kemahiran dan kualiti yang perlu ada pada seorang pakar bedah:

  1. Pengetahuan khusus untuk mengdiagnosis keadaan pesakit.
  2. Kemahiran berkomunikasi yang baik untuk berinteraksi dengan pasukan perubatan, pesakit dan keluarga mereka. Kemahiran ini amat penting kerana keupayaan mendengar dan keprihatinan terhadap pesakit dapat mempengaruhi kecemerlangan kerjaya anda. Ia juga penting untuk mendapatkan kepercayaan dan kerjasama dari semua pihak.
  3. Minda dan sikap yang positif dan bersemangat tinggi kerana ada anda mungkin menghadapi kes-kes pembedahan yang rumit atau keadaan kerja yang tertekan.
  4. Ketangkasan anggota badan terutamanya tangan dan kesihatan fizikal untuk melakukan operasi pembedahan.
  5. Pengalaman luas dalam rawatan pra-operasi dan pasca operasi pembedahan.
  6. Sikap bertanggungjawab, komitmen serta dedikasi dalam setiap tugasan yang dilaksanakan.
  7. Ketahanan emosi dan kesihatan mental yang baik.

Laluan kerjaya ini juga memerlukan pendidikan perubatan berkualiti tinggi. SEGi University, menawarkan program pengajian MBBS (Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan) yang direka khas terutamanya untuk pelajar yang ingin menyumbang kepada perubahan melalui kemahiran penjagaan kesihatan masyarakat yang baik.

Layari www.segi.edu.my untuk keterangan lebih lanjut mengenai program yang kami tawarkan.

Spread the love