Kenapa anda perlu pilih bidang pergigian di SEGi University

Seperti yang kita tahu, doktor gigi sentiasa membantu berjuta-juta orang untuk terus senyum. Kerjaya dalam bidang pergigian ini bukan sahaja memberikan kepuasan yang tinggi dari aspek penggajian malah sebagai seorang doktor gigi, anda menjadi salah satu sebab yang membolehkan seseorang individu berinteraksi dan tampil dengan yakin dan sempurna.

Sebagai pelajar pergigian, anda akan belajar mendiagnosis, menjaga dan meningkatkan kesihatan mulut individu. Anda juga akan meneroka dan membantu orang ramai menjadi lebih yakin melalui rawatan estetik mulut, gusi, dan gigi mereka.

Artikel ini akan menerangkan sebab-sebab kenapa anda harus pilih untuk melanjutkan pengajian dalam bidang pergigian di SEGi University.

  • Gabungan pelbagai disiplin

Dalam bidang ini, anda akan belajar dan menerapkan pelbagai gabungan perubatan, sains, serta pelbagai disiplin lain yang menjadikan bidang ini semakin menarik dan mencabar. Tetapi, sebelum anda menjadi doktor gigi yang berkelayakan, pencapaian dan kejayaan seperti ini biasanya memerlukan tempoh selama lima tahun atau lebih.

  • Peluang kerjaya yang cerah

Pergigian menawarkan jalan kerjaya yang jelas bagi pelajar, iaitu kerjaya yang sememangnya mempunyai prospek gaji dan pekerjaan yang luar biasa. Setelah anda memiliki kelayakan, anda boleh menjana pendapatan bermula daripada RM3,000 sebagai gaji permulaan siswazah dan mampu mencapai gaji enam angka dengan latihan, pengalaman serta pengkhususan yang mendalam selepas beberapa tahun.

  • Kepelbagaian kepakaran

Perkembangan teknologi saintifik yang pesat juga membawa maksud bidang pergigian boleh menjadi sebuah industri yang pantas berubah dan menarik. Teknologi yang terbaharu pada masa kini mendorong dan membawa kepada pengkhususan baru dari peringkat universiti lagi. Anda boleh pilih pelbagai pengkhususan seperti ortodontis, pediatrik, kosmetik dan estetika, endodontis, dan lain-lain dalam bidang ini dan mempelajari tentang teknologi baharu yang dapat membantu anda dalam disiplin yang diceburi.

Tambahan pula, terdapat banyak subjek-subjek menarik yang bukan sahaja menguatkan asas pengetahuan malah memberikan anda keyakinan yang lebih tinggi untuk berfungsi sebagai seorang ahli penjagaan kesihatan yang serba boleh. Berikut merupakan antara modul menarik yang anda boleh pelajari di universiti:

  • Penilaian pesakit
  • Radiologi
  • Biologi oral
  • Periodontologi
  • Sistem pencernaan, renal, dan endokrin
  • Pergigian pediatrik
  • Etika dan undang-undang penjagaan kesihatan
  • Kemahiran klinikal

SEGi University menawarkan pengajian berkualiti tinggi dalam bidang pergigian dengan harga yang berpatutan. SEGi berperanan dalam memastikan para pelajar memenuhi standard penjagaan dan kemahiran yang diperlukan oleh indusrtri pekerjaan masa kini, termasuk kebolehan berurusan dengan orang ramai.

Sarjana Muda Pebedahan Pergigian (BDS) SEGi University merupakan program pengajian lima tahun yang bertujuan menghasilkan graduan pergigian yang berkualiti, kompeten, penyayang dan berpengetahuan tinggi. SEGi sentiasa berusaha supaya kurikulum yang disediakan dapat memenuhi aspirasi negara.

Semakan kurikulum juga sering dibuat dengan mengambil kira pandangan ahli-ahli akademik yang berpengalaman luas, pegawai kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) serta pakar-pakar dari industry supaya pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh relevan dengan keperluan industri masa kini.

Sekiranya anda berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang pergigian, SEGi University adalah satu pilihan terbaik untuk anda! Ketahui lebih lanjut tentang program pergigian di SEGi University di www.segi.edu.my atau, hubungi 03-6145 1777 atau 1800-88-7344.

Spread the love