Selami kerjaya unik dengan Ijazah Perniagaan Antarabangsa

Perniagaan antarabangsa amat penting pada masa kini kerana syarikat di seluruh dunia kini mudah berhubung antara satu sama lain melalui jaringan komunikasi dan teknologi yang canggih.

Perniagaan antarabangsa didefinisikan sebagai kegiatan jual beli yang dijalankan antara sebuah negara dengan negara yang lain. Sebagai contoh, perniagaan antarabangsa yang dilakukan antara negara Jepun dan Singapura, ataupun antara Malaysia dan China. Jom ketahui lebih lanjut tentang ijazah dalam bidang ini!

Memahami operasi perniagaan antarabangsa semakin penting bagi graduan perniagaan hari ini. Program pengajian perniagaan antarabangsa memberi pelajar pemahaman mendalam tentang pelbagai amalan pengurusan perniagaan yang di seluruh dunia.

Ia juga mempersiapkan graduan untuk melangkah masuk ke dunia kerjaya di luar negara atau dalam organisasi multinasional dan tempatan yang terlibat dalam perniagaan pada skala global.

Di samping itu, terdapat pelbagai peluang kerjaya yang boleh diceburi oleh graduan perniagaan antarabangsa. Antaranya adalah:

  • Penganalisis kewangan
  • Pengurus pemasaran dan jualan
  • Pakar operasi perniagaan
  • Wakil jualan antarabangsa
  • Perunding pertukaran asing
  • Penganalisis bajet
  • Professor/ pensyarah perniagaan
  • Guru ekonomi
  • Wartawan/Pengarang ekonomi perniagaan
  • Pengurus kewangan
  • Penasihat kewangan
  • Akauntan

Bidang ini amat sesuai bagi sesiapa sahaja yang meminati alam perniagaan. Mereka harus mempunyai kemahiran matematik dan perhubungan antarabangsa atau mempunyai minat untuk memahami kerja dalaman dan taktik komunikasi syarikat bertaraf global.

Ijazah ini merupakan pilihan kerjaya yang tepat bagi individu yang suka dengan pelbagai cabaran dan peluang kerjaya yang berbeza. Untuk ketahui lebih lanjut mengenai program Ijazah Perniagaan Antarabangsa di SEGi, layari www.segi.edu.my atau hubungi kaunselor kami di 03-6145 1777 atau 1800-88-7344.

Spread the love