Ciri-ciri pakar IT yang berjaya

Golongan profesional dalam dunia teknologi maklumat sewajarnya mempunyai kualiti dinamik dan teknikal. Minat mendalam untuk mempelajari perkara baru dalam bidang ini juga merupakan antara kualiti penting yang diperlukan untuk lebih bersedia dalam menghadapi sebarang perubahan dan meningkatkan kebolehpasaran graduan.

Sektor teknologi maklumat (IT) merupakan antara industri yang menawarkan peluang pekerjaan yang tinggi. Oleh yang demikian, sektor IT telah menghasilkan persaingan sengit di pasaran pekerjaan. Untuk menghasilkan kejayaan yang berterusan, graduan IT perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai kemahiran tambahan. Berikut adalah beberapa kualiti penting yang diperlukan oleh graduan sektor teknologi maklumat:

  1. Penggemar teknologi / celik teknologi

Melakukan apa yang diminati dapat meningkatkan kecekapan kerja individu. Bakal graduan IT seharusnya mempunyai minat bekerja dengan teknologi semasa dan mempunyai pengetahuan secukupnya mengenai teknik moden dalam bidang ini. Juga, mereka perlu bijak dalam memotivasikan diri dan bekerjasama dengan para profesional IT yang lain lain untuk melaksanakan peranan yang diperlukan dengan lebih baik. Ini bukan sahaja meningkatkan kualiti kerja malah membuahkan pemikiran berorientasikan tanggungjawab yang menambah baik produktiviti kerja secara keseluruhan.

  1. Mempunyai pemahaman yang mendalam mengenai data

Sektor ini menggunakan data. Data menyediakan maklumat untuk menjalankan perniagaan dengan betul dan memberikan penyelesaian perniagaan yang lebih baik. Para profesional IT yang mempunyai pemahaman mendalam mengenai analisis data dan logistik dapat menjalankan pekerjaan dengan lebih baik. Dari perspektif perniagaan, ciri ini membantu dalam menjadikan perkhidmatan berorientasikan pelanggan lebih cemerlang.

  1. Kemahiran komunikasi yang lebih baik

Dalam industri ini, tenaga kerja dibahagi kepada dua bahagian iaitu, tenaga kerja teknikal dan bukan teknikal. Pekerja yang lebih baik akan dapat berkomunikasi dengan kedua-dua jenis tenaga kerja. Mereka harus mewujudkan rangkaian komunikasi yang lancar antara kedua-dua tenaga buruh ini. Pekerja mahir harus berkemampuan untuk menyampaikan kehendak industri kepada pelanggan dan sebaliknya.

  1. Mempunyai pengetahuan dalam bidang teknikal dan pengurusan

Kerumitan perniagaan dan ekonomi memerlukan profesional yang mempunyai pengetahuan mengenai pengurusan projek. Profesional yang mempunyai latar belakang teknikal dan kebolehan menguruskan projek amat berharga dalam industri yang berorientasikan teknologi. Secara kebiasaannya, profesional seperti ini dapat mengimbangi kedua-dua ciri ini dengan baik dan berupaya mencapai kecemerlangan dalam industri yang dipelopori.

  1. Berminat untuk belajar

Sektor teknologi maklumat sentiasa berkembang dan maju mengikut keperluan pasaran. Revolusi Industri 4.0 yang rancak berlaku di seluruh dunia memerlukan graduan IT yang dapat bertindak pantas seiring dengan pembangunan pesat dalam produk berteknologi tinggi dan sistem pintar. Oleh yang demikian, untuk memenuhi keperluan semasa, graduan IT perlu sentiasa bersiap sedia dengan pengetahuan secukupnya untuk membangunkan teknologi baharu, sebagai contoh, menghasilkan kod dan algoritma baru untuk pembangunan sistem aplikasi terkini.

Adakah anda mempunyai ciri-ciri di atas dan berminat untuk menjadi seorang individu berjaya dalam dunia teknologi maklumat? Fakulti Kejuruteraan, Alam Bina and Teknologi Maklumat SEGi University menyediakan keperluan pendidikan teknologi maklumat yang lengkap dan terkini untuk anda! Ketahui lebih lanjut mengenai program IT yang ditawarkan di SEGi, https://www.segi.edu.my/study-with-us/technology-innovation/ , atau hubungi 03-6145 1777 atau WhatsApp 011-1210 6389 untuk bercakap dengan kaunselor kami.

Spread the love